Pages

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya

SELAWAT MURAH REZEKI-NOWSEEHEART

STRES DAN KESEDIHAN, BAGAIMANAKAH ANDA MENANGGANINYA?

Bismillahirahmanirahim......Assalamualaikum sahabat...

Topik pilihan saya yg ingin diketengahkan adalah isu bagaimana menanggani tekanan/stres dan juga kesedihan.Cara yg bakal sy paparkan di sini adalah mengikut cara saya sendiri berdasarkan pengalaman hidup sy..tak susah pun senang jer, tapi jadi susah bila kita sendiri tak nak berusah merubahnya...hehehe..
Cara sy tanggani stres sy ni boleh dikategerikan kpd 3 peringkat....Nak tahu macam mana Jom baca bicara saya..:::::::

Stres dan Kesedihan Peringkat Rendah..lebih fokus kepada masala-masalah kecik saje..kena marah kat bos ker, gaji lambat masuk ke hehehhe...tepon rosak ker, duit hilang ker..dll..

  • Firstly bila hadapi stres atau kesedihan..perkara yg sy akan ucapkan adalah...Istiqfar byk2...then tarikh nafas, kemudian akan sy ucapkan Inna lillahi wa Inna Illahi raji'un, Allahumma ajirni fil mushibati wakhluf li khairan minha..then tarik nafas dalam2  dan senyummmm (^_~)V.
  • 2nd, sy suka tgk tv, tontonlah rancangan apa pun kat tv tu..tak pun dgr lagu kesukaan saya janji jgn yg sedih n tangkap leleh lah, makin sedih adalah kalau yg tgh bersedih tu..then kalau yg stres sy suka lagu yg cool tak pun sedikit binggit..hehe kalau anda mungkin suka lagu jenis rentak lain2 kot janji layan jer..
  • 3rd sy suka cari kawan, borak2 atau susah sgt nk cari kawan sms jer..citerlah masalah kat sapa2 yg leh dipercayai...pastu wat lah lawak bodoh dgn member...ataupun p kuar dgn member jalan2 ambik angin..hehehe

Stres Peringkat Pertengahan...Selalunya stres atau kesedihan peringkat ni mcm bergaduh dgn kawan ker, gaduh dgn kekasih ker, tak ada duit ker nak makan...dll lah yg mungkin bagi anda ianya boleh dikategorikan sbg peringkat pertengahan..
  • So kalau saya di peringkat ini samalah..sy akan istiqfar byk2 n ucapakanlah innalillah seperti doa di atas byk2..berzikir, berdoa padaNYA.
  • sya juga akan gunakan muzik sebagai tempat membuang segala kesedihan sya..lebih kepada muzik2 yg berirama rancak, lagu yg hepi2 dan layan...
  • menanggis jer apa susah, tapi make sure tak lebih2 nanggis sikit2 dah ler.
  • jumpa kawan2 atau borak2 dgn mereka sambil bergelak ketawa, citerkan masalah kita n minta pandangan...
  • saya suka berjoging hehe atau buat jer aktiviti outdoor jnji kuar peluh and tak ada masa nak pk akan masalah tersebut..
  • bila saya marah kekadang tak boleh nak lepas, sy akan menanggis dah naggi legalah dan satu lagi sikap saya ialah, saya akan cari satu benda yg lembut, hehe jadikan masa tendangan sy atau tumbukan sy utk sy lepaskan geram..
  • p tasik hmm tu pun salah satu perkara yg sy suka buat..tgk air yg mengalir tenang..tak pun p ler tepi pantai..ambik udara yg segar..
  • JGN DUK TERPERAP jer dalam umah atau bilik..keluarlah ambik angin ker, jalan-jalan ker bagi darah kita mengalir dgn bagus dalam badan tu

Stres/Kesedihan Peringkat Tinggi..hmm ni mcm2 ni..byk kes, kes kematian, putus cinta, sakit pendek kata yang berat2 lah..
  • Pertama sekali sy akan ucapkan alhamdulillah di atas cubaan dan dugaan yg diberikan, then istiqfar sebanyak yg mungkin dan ucapkanlah innalillah sbgaimana yg di atas..
  • Yg ni sy takkan ambik lagu atau muzik yg membingitkan telinga tetapi lebih kepada muzik atau lagu yg mendekatkan saya kepada pencipta spt nasyid, zikir dll..
  • Buatlah solat hajat,mohon ketenangan, buat solat sunat yg lain, berzikir, bertahjud,mengaji al quran sehingga tenang..
  • Amalkan sikap berlapang dada..fikir positif
  • Suka mencari ilmu di mana saya akan membeli buku2 agama yg memberikan byk manfaat dan mengandungi unsur2 nasihat..setiap isi kandungan atau nasihat yg terkandung dlm buku tersebut akan sy praktikan dalam diri sebagai perkara yg memotivasikan diri saya...

Ini sahaja cara-cara sy menanggani setiap masalah hidup yg sy alami...Apa yg saya selalu ingat setiap kali hadapi musibah atau ujian Allah ini...adalah:
  • Berfikiran positif, qanaah(terima seadanya) iaitu yakin apa yg berlaku adalah kehendak Illahi, kerana ianya tidak lain tidak bukan adalah sebagai penebus dosa2 kita, sebagai meningkatkan lagi darjat kita di sisi NYA so kita tak rugi apa2 setiap kali ditimpa musibah...dgn syarat kita sabar..org yg sabar insyaallah kesabaran inilah yg akan menyelamatkannya di akhirat kelak,kesabaran ini jualah akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah swt. dan dgn kesabaran ini jua para malaikat sentiasa mendampingi kita sentiasa mendoakan kita dan insyaallah pahala berlipat kali ganda dan tersedianya sebuah syurga utk kita...
  • Tak rugi susah di dunia kerana org2 soleh yg terdahulu hidup mereka penuh dgn derita dan jerit kepayahan hidup yg mana syurga sedang menanti mereka..usahlah gusar dan berduka..kerana jerit derita kita di dunia ini adalah sebesar zarah saja jika nak di bandingkan di akhirat kelak..sabarlah menghadapi Ujian Allah,,,kerana DIA menyayangimu..
Kalau mau cuba cubalah tips ni..insyaallah menjadi jnji kena lawan perasaan yg negetif..yakin pada diri yakin akan bantuan Allah....

selamat mencuba sahabat...(^_^)

KESIHATAN LELAKI

Marah Boleh Bawa Maut

  • Lelaki lebih mudah menjadi pemarah berbanding wanita kerana sifatnya yg sentiasa ingin menjaga maruah dan menonjolkan sikap maskulin seorang lelaki. Walaupun ketika bersantai atau senang menikmati cuti, lelaki tidak dapat menahan rasa marah kepada perkara yang boelh mendatangkan amarahnya. Perasaan marah dapat membantu seorang lelaki rasa dihormati dan menguasai. Menurut charles D Spielberg, PhD di fakulti psikologi di Universiti Florida Selatan yg membuat kajian tentang tabiat marah selama 25 thn mendapati lelaki pemarah yg digolongkan dalam "short -fused type A" didapati boleh mengundang bahaya maut.

Merah Warna Cinta Lelaki
  • Merah warna cinta bagi lelaki.Menurut, 2 pakar psikologi dari Universiti Rachester, New York yang menjalankan kajian untuk mengenalpasti bagaimana warna mempengaruhi tindak balas lelaki terhadap wanita. Keputusan menunjukkan warna merah membuatkan lelaki berasa lebih ghairah, tertarik, berkeinginan dari segi seksual terhadap wanita serta membuatkan wanita tampil lebih elegen walaupun mereka tidak menyedarinya...

Kulit Lambat Berkedut
  • Perubahan kulit lebih ketara berlaku apabila usia mencecah 40an-50an, apabila penghasilan kulit baru menggantikan sel kulit mati semakin perlahan. Pada usia ini, kulit bukan sahaja menjadi kering, bertompok-tompok dan kusam tetapi juga menunjukkan tanda-tanda penuan seperti kedut. Menurut Tina Alster, MD, Director of Washington Institute Of Dermatologic Laser Surgery, lelaki kuran g mengalami kulit berkedut berbanding wanita kerana lelaki mempunyai byk bulu halus di muka dan kurang terdedah kepada sinaran matahari. Oleh itu kulit mereka kurang berkedut di tepi bahagian mulut.

Usia Pengaruhi Peluang Kehamilan
  • Kita memang sedia maklum bahawa wanita berusia 40an amat berisiko untuk hamil. Kajian mendapati, usia si ayah juga mempengaruhi masalah untuk menimang cahaya mata. Lelaki yang berusia lebih dari 40 tahun berdepan masalah untuk memiliki cahaya mata berbanding lelaki muda. Lelaki lebih 40 thun, sperma lelaki mengalami kecacatan yg mendorong kepada keguguran kandunga.

Berjalan Perlahan Cepat Mati
  • Warga emas yg berjalan perlahan lebih terdedah kepada risiko meninggal dunia hampir tiga kali lebih tinggi akibat penyakit jantung berbanding mereka yang berjalan cepat. Kajian tersebut dilakukan terhadap warga emas yang berusia di antara 65 hingga 85 tahun. Kenyataan ini di akui oleh sekumpulan pakar perubatan di Paris Perancis. Kajian sebelum ini menunjukkan mereka yan gberjalan lambat meninggal dunia bukan disebabkan oleh masalah jantung, sebaliknya disebabkan oleh faktor lain spt kanser dan sbgainya.

Koko Penaik Nafsu
  • Makanan yg mengandungi bahan anandamide dan phenylthylamine ini boleh myybabkan tubuh menghasilkan rasas eronok seperti endorfin yg terhasil ketika melakukan hubungan seks atau aktiviti fizikal.  Koko yg mengandungi methylzntihines bertanggungjawab membuatkan kulit sensitif pada sentuhan. Pastikan anda menikmati coklat asli yang kaya dengan koko berbanding coklat susu. Coklat susu bukan coklat sebenar kerana ia tidak mengandungi koko asli dan sekaligus coklat ini tidak meningkatkan sensitiviti kulit.

Daun sederi juga membantu
  • Anda tidak perlu lagi menyembur sebotol minyak wangi untuk menarik perhatian wanita. Daun sederi mungkin boleh membantu anda. Menurut pakar, daun sederi mempunyai kesan yang sama seperti hormon androsteron lelaki. Pakar percaya bahawa hormon in dirembeskan melalui perpeluhan selepas menikmati makanan. Pasangan anda mungkin tidak dapat menghidunya tetapi oleh keran androsteron lelaki diaktakan mampu menarik perhatian wanita, jangan terperanjat jika si dia mula mendekati dan mengoda anda. Selain didampingi anda juga sebenarnya menjaga kesihatan krn mengambil makanan yg rendah lemak dan kaya serat yang mampu membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. (^_^)V 

ATTENTION LADIES (SIRI 2)

Hapuskan Kalori Bagi Wanita Seberat 60 kg dan ke atas

  1. Keluarlah untuk shopping, ia dapat menyingkirkan sebanyak 25 kalori.
  2. Menari sepenuh hati, akan membuang 230 kalori dalam tempoh 45 minit
  3. Ubah susun atur perabot ia akan menghapuskan kalori sebanyak 405
  4. Memasaklah kerana ia boleh membuang kalori sebyak 70.

Senaman Bantu Atasi Senggugut
  1. Pilihlah senaman yang meningkatkan kadar denyutan jantung, misalnya joging selama 20 minit. Ia mampu membantu meningkatkan aliran darah dan sekaligus mengurangkan kesakitan secara semulajadi tanpa bantuan ubat penahan sakit.

Haid buatkan anda Hilang Fokus Untuk Bersenam
  1. Anda sering bersenam tetapi setiap kali tiba bulan itu anda tidak bersemangat utk bersenam tidak mampu beri fokus.Hakikatnya, semasa haid tahap kecerdasan anda akan menurun sekaligus prestasi diri akan menjadi lemah. So apa tunggu lagi, masa inilah tubuh anda memerlukan rehat yang secukupnya...maka biarkan tubuh anda rehat sepanjang tempoh haid.

Berbual Bantu awet Muda
  1. Satu kajian terkini menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan rapat mempunyai risiko yang lebih rendah dalam mengalami masalah kerosakan gigi berbanding dengan mereka yang tidak. Sementara itu, aktiviti berbual-bual dan bersosial juga berupaya dalam mengurangkan tekanan. Justeru, jalinlah hubungan rapat dengan ahli keluarga dan kawan-kawan melalui perbualan,aktiviti seperti ini akan menjadikan anda kelihatan jauh lebih muda.

Kekalkan Tubuh Cantik Sebelum Majlis Istimewa
  1. Tambahkan asparagus pada makanan kerana bahan diuretik yang terkandung di dalamnya mampu melancarkan pencernaan tubuh. Elakkan memakan makanan yang mengembungkan perut seperti kacang, brokoli dan tenusu. Selain itu makanan yang masin-masin misalnya kentang goreng juga patut di elakkan kerana ia menakung air.

Makanan Yg Boleh Sebabkan Keguguran
  1. Daging proses diketahui paling mudah dicemari dengan 'listeria' yang  mana mampu menyebabkan keguguran. Listeria mempunyai keupayaan untuk melintasi plasenta dan memberikan jangkitan kepada bayi atau berlakunya keracunan dalam darah. Jika anda hamil dan mahu menikmati daging proses, pastikan ia dipanaskan sehingga berwap.


Elak Jangkitan Cara Mudah
  1. Terkena jangkitan yis amat memalukan kita hmm walaupun org lain tidak nampak tapi mampu menurunkan keyakinan diri seorang perempuan..Caranya, titikan minya tea free pada tampon dan selitkannya kedalam vargina anda. Biarkan selama 20 minit dan ulangi langkah yang sama sebanyak dua kali sehari. Tiada salahnya anda membiarkan tampon ini berada dalam vargina sepanjang malam kerana ia lebih berkesan untuk melawan jangkitan yis yang jahat.

SIHAT DAN CERGAS -BANTU ANDA KELIHATAN AWET MUDA

Terlalu Stress

  • Stress yang berlebihan mampu menurunkan daya tahan badan, justeru mendorong diri anda kepada risiko penyakit jantung dan membuatkan anda tidak selesa.
  • Para ibu yg mempunyai anak-anak yang berpenyakit merupakan orang yang paling mudah mendapat stress dan mengalami penuaan yang paling cepat.
Cara atasi
  • Tarik nafas dalam-dalam.Untuk jangka masa yg panjang,luangkan sedikit waktu dgn melakukan perkara-perakra yang mengembirakan untuk mengurangkan stres anda.

Kurang Bergerak
  • Walaupun dengan hanya sedikit menggerakkan badan, anda boleh mengurangkan berat badan yang bertambah, mengurangkan, mengurangkan stres dan mencegah penyakit Alzheimer
Cara atasi
  • Langkah pertama dengan memastikan diri anda lebih aktif dgn meletakkan kenderaan anda jauh dari pejabat, menggunakan tangga daripada lif, melakukan senaman spt berjalan kaki selama 30 minit atau 5kali seminggu.

Kurang Tidur
  • Masalah kurang tidur berkait rapat dengan masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah ingatan
Cara atasi
  • Singkirkan benda-benda yang boleh mengganggu ketenangan anda ketika berada di bilik tidur seperti televisyen,radio dan barang eletronik yang lain.Ciptakan susana bilik tidur yang nyaman dengan lampu malap yang akan membuatkan anda tidur dengan nyenyak.

Berat badan berlebihan
  • Berat badan yg berlebihan mampu membawa diri anda ke arah penyakit jantung, diabetes atau kanser.Kajian yang dilakukan belum tentu dapat membantu jika di bandingkan dengan komitmen anda untuk melakukannya dengan penuh disiplin.
Tip
  • Ikut diet yang bersesuian dengan gaya hidup agar anda lebih cenderung utnuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa yang anda lakukan

Merokok
  • Untuk mengurangkan bahaya kanser dan penuaan anda boleh menggantikan rokok dengan gula-gula getah yang mempunyai rasa nikotin.
  • Mengikut penelitian yang dilakukan pada tahun 2004, gula-gula getah yang mmepunyai rasa nikotin memberikan hasil dua kali ganda di mana perokok berhenti merokok berbanding dengan janji perokok untuk berhenti merokok.

Terkena Sinaran Matahari
  • Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari yang berlaku kerap.Bahang matahari boleh menjurus kepada risiko kanser kulit.
Tip
  • Apabila keluar rumah, guna dan sapukan krim penghalang sinaran matah
  • ari atau losyen yang mengandungi SPF 15.

Pencemaran Udara
  • Sentiasa terdedah kepada udara yang kotor atau persekitaran yang tidak sihat boleh menyebabkan batuk dan sakit mata.Kesannya juga berkait rapat dengan serangan penyakit asma dan masalah pernafasan.
Cara Atasi
  • Untuk mengelakkan daripada masalah ini, cari ruangan yang tidak terlalu ramai orang, bukan sahaja dapat mengurangkan jangkitan tetapi memberi keselesaan kepada anda.

Mengambil Makanan Berlemak
  • Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan kolesterol tinggi dan merangsang penyakit jantung. Kalau boleh, biasakan diri anda dengan mengambil makanan yang tiada kolesterol atau rendah lemak.
Tip
  • Mulakan strategi dengan tidak mengambil jumlah lemak kurang 10% daripada keseluruhan kalori.

Pengambilan Gula Berlebihan
  • Pengambilan gula yang berlebihan dapat menaikkan berat badan dan kemungkinan terdorong kepada serangan penyakit jantung. Ahli nutrisi menyarankan agar tidak mengambil gula dalam makanan yang mengandungi gula sebanyak 12 sudu teh sehari.
Tip
  • Anda boleh gantikan gula dalam makanan yang manis dengan buah-buahan atau sayur segar.

Minuman Beralkohol
  • Stres adalah punca utama menyebabkan ramai yang melepaskan tekanan dengan mengambil minuman beralkohol.Namun disebalik pengambilan itu, bahaya sedang menanti. Gangguan kesihatan termasuk serangan jantung, kanser hati atau kanser payudara pasti menyerang apabila pengambilan alkohol secara berlebihan. HARAM bagi UMAT ISLAM.

ATTENTION LADIES...TIP AWET MUDA

Kesalahan dalam pola hidup,cara pemakanan dan sebagainya boleh mmenbuatkan wajh anda tidak berseri.Untuk kelihatan awet muda dan segar..jom kawan-kawan ikutilah tip ini..:

Fikiran Positif
Terlalu banyak berfikir boleh membuatkan wajah
anda kelihatan lebih tua.Berfikirlah secara
positif dan sentiasa menerima apa-apa
masalah sbgai sesuatu yang baik.

Kosmetik Yg Sesuai
Tersilap memilih produk yang tidak sesuai boleh
merosakkan wajah anda. Maka kenali jenis
kulit dan gunakan produk yang sesuai.
jangan hanya mudah terpengaruh
dengan harga dan jenama.

Tidur Yg Cukup
Cuba usahakan agar anda mempunyai masa yang cukup
atau tidur sekurang-kurangnya 8jam sehari.
Dengan tidur yang cukup, ia membantu tubuh anda
memperbaiki sel-sel yang rosak.

Senaman
Aktiviti yang padat sepanjang hari membuatkan anda sukar
membahagikan masa untuk bersenam. Demi
untuk kesihatan diri, luangkan masa
bersenam sekurang-kurangnya
dua kali seminggu.

Pengambilan Buah-buahan & Sayur
Ambillah buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari kerana
kandungan mineral dan vitamin yang terdapat
dalam sayuran dan buah-buahan sgt
berguna bagi kesegaran wajah





MASALAH BADAN BERBAU DAN KESIHATAN BADAN

PETUA UNTUK MASALAH BADAN BERBAU


1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi. 

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut. 

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi. 

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil. 

5. Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit
limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu


BADAN RINGAN DAN BERTENAGA MINUM
air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari. 

SIHAT TUBUH BADAN
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN

Melangsingkan tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Menurunkan berat badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam

PETUA RAWAT PENYAKIT

Kencing manis
  • ·    Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh
    sesudah mencubanya.

Demam kuning
  • ·    Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus,kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang
Penyakit kuning
  • ·   Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah
  • ·    Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis,panasnya akan turun segera
  • ·    Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut
Cara-cara mengurangkan demam
  • ·    Beri pesakit minum air yang banyak
  • ·    Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
  • ·    Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal


Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
  • ·    Beri minum air zam-zam dan lap badannya
  • ·    Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepisungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"
  • ·    Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-
    turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh
    7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala
  • ·    Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
  • ·    Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun
    kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah
    lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat
    cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

PETUA UNTUK MASALAH WANITA

Petua supaya cepat dipinang (Ringan Jodoh)
  • Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut- turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Mengatasi sengugut.
  • Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Mengurangkan keluaran air di Virgina
  • Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam
Tegangkan payudara
  • Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab

Gatal-gatal pada virgina perempuan
  • Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

PETUA UNTUK MASALAH KEPALA DAN RAMBUT

Melembutkan rambut
§  Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Melebatkan rambut
§  Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
§  Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
§  Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya
seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke
dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari
lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian
setiap hari
Mengelakkan rambut gugur
§  Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
§  Ambil lemak ayam dan masak sehing.ga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
§  Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilangkan kelemumur
§  Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Menghilangkan sakit kepala
§  Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
§  Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua
§  Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak
bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam
perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi
halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-
gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
§  Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun
kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah
lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat
cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari
Meluruskan rambut kerinting
§  Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit
Mencantikkan rambut
§  Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu.
§  Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
§  Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.
§  Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang





 

PETUA MASALAH HIDUNG

Apa itu Resdung?

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat



Penawar resdung siri 1
§  Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
§  Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa

Penawar resdung siri 2

Petua 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.
Petua 2Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong,kerang dan juga ketam.
Petua 3
Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX 2x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka.

Petua 4
Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.

Petua 5
Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih.

Petua 6
Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan antibodi badan.

Petua 7
Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya.

Petua 8
Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

Petua 9

Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.

Petua 10

Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka panjang akan merosakkan buah pinggang






PETUA KHAS UNTUK WAJAH

Melicinkan dan memerahkan kulit muka
§  Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan   seminggu 2/3 kali.
§  Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum

Menegangkan kulit muka
§  Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menyerikan wajah
§  Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
§  Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Menghaluskan kulit muka
§  Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
§  Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.
§  Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih

Merawat kulit berkedut
§  Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
                                  
Mengekalkan kecantikan
§  Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.Menghasilkan Kulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Menegangkan kulit muka dan menghilangkan jerawat
§  Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
§  Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
§  Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang
mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa
sehingga jerawat di muka anda hilang.
§  Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan
pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian
setiap hari.
§  Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya
1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air
sejuk.

Menghilangkan parut
§  Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan
sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu
rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,
parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengembalikan seri muka selepas bersalin.
§  Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Petua untuk mencantikan kulit muka
§  Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
§  Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.
§  Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
§  Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang.
§  Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.
§  Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
§  Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya
untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau
tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya,
mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Daun petai cina ubat seri muka
§  Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak
tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu
mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang
bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1
bulan.

SEPINTAS LALU

Assalamualaikum....

Salam pembuka bicara saya lafazkan pada anda semua..tiada apa sangat yang mahu diperkatakan cuma ingin ketengahkan sedikit siapa saya..empunya blog ini..hehehe..saya seorang yang biasa sahaja..santai....umur dah 26 thn..hihihi tua sudah..asal dari mana yer..negeri tok janggut....saya jenis yang bukan sangat nak cerita hal persenal saya..huhu..bagi hint sikit2 je lah..hehe...

Asal mmg pior kelantan..mak ayah orang kelantan yg berasal dari Pasir Mas kelantan...tapi saya tak tinggal di Pasir Mas, tinggal di tempat lain..hehe..belajar punyer belajar dapatlah segulung ijazah dari sebuah IPTA di utara Malaysia..so bergelar graduan lulusan ijazah sarjana muda perbankan...tapi tak kerja bank pun..hehehe tgh tanam ladang anggur..bukan tanam anggur yer...insyaallah next year ada rezeki jadilah cikgu kot. hopefully yess...suka sgt2 jadi guru ni sesuai kot dgn diri...

Siapa saya??? hmm biasa jer..jenis saya ni jenis suka mengusik, suka berbual, suka gelak, suka senyum and adakalanya pendiam..kalau dah abis modal nak borak tu mmg sy diam jer...susah nak marah..tp sekali marah mmg buruk mukanya org kelate kato huduh banggha hehehe...buruk ler marah2..tapi jujur sy  jenis yang peramah..hehehe..

Saya asal dariada keluarga yg besar..i had 14 siblings with 8 brothers and 6 sisters..and i no 6 from 14 lah hehehe...Tak ada aral melintang insyaallah tahun depanlah kot kawin..hihihi..

Hobi saya?? banyak..saya suka mengarang..baca buku, menyanyi dgn picingnya lari entah kemana..suka decorate rumah, mengubah apa2 jer..asalkan jadi cantik..suka bunga pantang tgk bunga mmg rasa nakkkk je petik hehehe...muzik?? muzik saya layan semua..saya flexible semua org sy joint sy layan begitu gak lagu...tapi dalam semua2 layan tu sy minat maher zain, opick, nasyid kat malaysia ni..pastu siti nurhaliza..hehehe...penyanyi omputih pun suka tapi  yg thn 90-an ler yg sekarang tak minat ler lagunyer entah apa2...

Saya??? Tang bersukan no 1..kat sekolah start dari sekolah keb, Men hinggalah ke peringkat universiti saya giler bersukan...sukan per tak masuk aishhh ada bola sepak tak masuk ler hehehe...Sukan kegilaan saya masa sekolah Ren dan Men adalah olahraga..mmg hantu lumba lari, lompat jauh n lompat tinggi...bola jaring pun main gak tapi bencilah asik kejar bola jer hehehehe...bola tampar best asik tampar jer bola tu best dapat lepaskan geram...pernah ler wakil sekolah keperingkat PPD jer hehehehe...Tapi bila dah form 4 dah start expired dah tak larat nak lari2 melompat2 lagi...so joint ler aktiviti kelab foto, persatuan, dan apa2 jer yg menampakkan keayuan seorang perempuan hehehe..(cover line sebenarnya badan dah besar tong drum dah masa tu) syyyy rahsia...

 ha masa kecik2 dulu sy seorang yg lasak..berkawan dgn lelaki maklumlah atas pada sy n bawah pada saya semua lelaki adik beradik sy, sy ler pmpn masa tu..so ikut style abg..jgn tak tahu hahaha ganazzz ni kecik2 dulu..tomboy ker hmmm tak ler...perempuan tapi lasak macam lelaki..adussssss mcm mana ler anak sy nnt yer fenin-fenin sy nnt kalau anak ikut perangai..aktiviti masa kecik best..balik sekolah jer panjat pokok...balik sekolah jer panjat pokok..tapi kerja sekolah rajin buat mana leh tak buat nnt kena marah kat cikgu..hehehe..ikut abg p mandi sungai, p tangkap ikan..bukan ikan jer bebudu pun p tangkap hahaha...p masuk hutan nak lastik burung jgn tak tahu aishhh teruknyer perangai hahaha...tapi kat sekolah pendiam hehehe..betui tak tipu selalu ler kawan2 buli masa disekolah dulu...so virus pendiam ni di bawa sampai keperingkat sekolah Men..huhuhu asik kena buli jer tau..suara tak mau kuar dah cakap dah suara kuar tak kuat huhuhu..selalu kena marah kat cikgu (maklumlah maluuuuuuu sgt2) poyoss betui...


Tapi betui masa kat sekolah sy seorang yg pemalu, sy mmg tak berkawan dgn lelaki, lelaki takut nak dekat dgn sy...sebab sy pendiam sgt2..kalau marah org pun just kerutkan kening jer hehehe...tu yg kena buli kena usik sampai menanggis kat kelas huhuhu...tapi malu2 sya..saya aktif bersukan..glamerlah gak di kalangan guru2 dan teman2 hehehe...(kembang semangkuk dah ni, ni ler org masuk bakul angkat sendiri hehe)..Mmg pemalu giler2 asik kena marah jer kat cikgu sebab cakap terlalu slow..saba ajelah...huhu..

Tapi ha lepas jer saya tak bersukan masuk jer form 6 sy dah berubah perangai..hehehe sy dilantik sbg pegawas sekolah dan salah satu jawatan tertinggi badan pegawas tu sy pegang..huhu..perangai pendiam tu still ada, cakap bila perlu jer...tapi tak ada slow2 dah cakap..jadi tegas n kuat plak huhuhu..nak tahu knp? Sebab saya terlibat dgn aktiviti perbahasan..sya ditawarkan oleh guru sekolah untuk mewakili sekolah untuk forum remaja huhuhu..sy tolak tapi cikgu minta sy joint katanya saya ada potensi huhu...saya pun ok lah terima..Mula2 joint tu segan gak nak cakap huhuhu kita dah jarang nak cakap tetiba cikgu suh cakap..adeiii cakaplah..and duduk plak disebelah senior lelaki adeiiiiii malunyerrrrrrrr, aku tak pernah duduk dgn jarak yg dekat sebelah lelakiiiii..jadi suarapun cover2 lah hahaha...tapi abe wan ni baik..dia bagi tunjuk ajar lagi kat aku..huhuhu so nerves tu hilang ler..hehehe..tapi cikgu still komen kata suara aku terlalu slow..aku pun pk lah mcm mana leh slow ek oooo rupanyer semasam latihan cikgu duk depan aku jarak yg dekat so aku minta cikgu aku Naemah mustafa hehehe supaya duk jauh2 aku nak ckp..bila dia duk jauh aku pun bercakaplah..hehehe then she smile to me..ha buleh pun kuat sore katanya..aku pun jointlah forum remaja peringkat PPD thn 2002...tapi tak menag pun dpt no 3 jer huhuhu...

So next yearnya aku joint lagi..ingat dah joint forum ni tak payah nak joint pe2 dah sekali guru disiplin kesayangan ku Cikgu Azizi..come to me huhuhu dia tanya aku nak jadi pengawa sekolah tak? hah terkezut aku...sebab ramai yg nak jadi pengawas sekolah ni kena apply ler, tak leh main nak jer..kena isi tu isi ni di tapis apa lagi tapi aku cikgu terus datang offer..bukan aku yg cari cikgu tapi cikgu yg cari aku...hmmm si peluang yg ada tu terpaksalah sy ambik...sebab cikgu nak sgt sy jadi pengawas sekolah..so jadilah...start aku jadi pengawas ni perangai dah berubah..hahaha mmg saya pantang ler sapa2 yan glanggar disiplin sekolah ni..yg ayu entah kemana dah sy masa tu..garang sungguh..yg pendiam jadi yg suka marah2 adusssssss..terkejut gak kenapa leh jadi mcm tu...hehehe...dptlah geleran huhuhu pegawas yg garang mcm singa hahahaha..adeiiiiii..tapi tak adalah tak kenal maka tak tahukan..sp sejak ari tu aku aktif dua2 lah perbahsan dgn pegawas sekolah..berkat doa cikgu2 dan parents saya..alhamdulillah saya tercalon ahli panel terbaik sekolah..huhu..then dapat wakili sekolah ke Peringkat PPD..then mewakili PPD ke peringkat negeri kelantan...Alhamdulillah walaupun tak puas hati dgn keputusan juri dgn mengatakan sekolah ku dari pendalaman kalau bawa ke luar dari negeri kelantan org tak kenal so dia bagi kami menang dgn tempat ke 3 je huhuhu mmg tak puas hati beza mata hanya 1 markah je...tapi takpelah aku tabik akan sekolah Maahad Muhammadi Lelaki KB...diorang bertanding ke peringkat negeri seluruh malaysia and dapat tempat ke tiga...hmm ok wat..hehehe

So sejak dari tu aku jadi seorang yg peramah byk cakap..n selalu joint aktiviti di peringkat universiti..mcm2 program aku masuk..Silat, Fasilitator..hmm sukan semestinya aku tak tinggal hahaha bola tampar kegemaran aku..alhamdulillah kolej aku 2 thn berturut2 johan..mana tak sukanya...

So sekarang aku ramai sgr kawan syukur kehadrat illahi kerana menganugerahkan aku ramai kawan2...hehehe...itu jer kot nak cakap..kata sepintas lalu tapi macam dah terlebih pintas dah..huhu..

wassalam..