Pages

STRES DAN KESEDIHAN, BAGAIMANAKAH ANDA MENANGGANINYA?

Bismillahirahmanirahim......Assalamualaikum sahabat...

Topik pilihan saya yg ingin diketengahkan adalah isu bagaimana menanggani tekanan/stres dan juga kesedihan.Cara yg bakal sy paparkan di sini adalah mengikut cara saya sendiri berdasarkan pengalaman hidup sy..tak susah pun senang jer, tapi jadi susah bila kita sendiri tak nak berusah merubahnya...hehehe..
Cara sy tanggani stres sy ni boleh dikategerikan kpd 3 peringkat....Nak tahu macam mana Jom baca bicara saya..:::::::

Stres dan Kesedihan Peringkat Rendah..lebih fokus kepada masala-masalah kecik saje..kena marah kat bos ker, gaji lambat masuk ke hehehhe...tepon rosak ker, duit hilang ker..dll..

  • Firstly bila hadapi stres atau kesedihan..perkara yg sy akan ucapkan adalah...Istiqfar byk2...then tarikh nafas, kemudian akan sy ucapkan Inna lillahi wa Inna Illahi raji'un, Allahumma ajirni fil mushibati wakhluf li khairan minha..then tarik nafas dalam2  dan senyummmm (^_~)V.
  • 2nd, sy suka tgk tv, tontonlah rancangan apa pun kat tv tu..tak pun dgr lagu kesukaan saya janji jgn yg sedih n tangkap leleh lah, makin sedih adalah kalau yg tgh bersedih tu..then kalau yg stres sy suka lagu yg cool tak pun sedikit binggit..hehe kalau anda mungkin suka lagu jenis rentak lain2 kot janji layan jer..
  • 3rd sy suka cari kawan, borak2 atau susah sgt nk cari kawan sms jer..citerlah masalah kat sapa2 yg leh dipercayai...pastu wat lah lawak bodoh dgn member...ataupun p kuar dgn member jalan2 ambik angin..hehehe

Stres Peringkat Pertengahan...Selalunya stres atau kesedihan peringkat ni mcm bergaduh dgn kawan ker, gaduh dgn kekasih ker, tak ada duit ker nak makan...dll lah yg mungkin bagi anda ianya boleh dikategorikan sbg peringkat pertengahan..
  • So kalau saya di peringkat ini samalah..sy akan istiqfar byk2 n ucapakanlah innalillah seperti doa di atas byk2..berzikir, berdoa padaNYA.
  • sya juga akan gunakan muzik sebagai tempat membuang segala kesedihan sya..lebih kepada muzik2 yg berirama rancak, lagu yg hepi2 dan layan...
  • menanggis jer apa susah, tapi make sure tak lebih2 nanggis sikit2 dah ler.
  • jumpa kawan2 atau borak2 dgn mereka sambil bergelak ketawa, citerkan masalah kita n minta pandangan...
  • saya suka berjoging hehe atau buat jer aktiviti outdoor jnji kuar peluh and tak ada masa nak pk akan masalah tersebut..
  • bila saya marah kekadang tak boleh nak lepas, sy akan menanggis dah naggi legalah dan satu lagi sikap saya ialah, saya akan cari satu benda yg lembut, hehe jadikan masa tendangan sy atau tumbukan sy utk sy lepaskan geram..
  • p tasik hmm tu pun salah satu perkara yg sy suka buat..tgk air yg mengalir tenang..tak pun p ler tepi pantai..ambik udara yg segar..
  • JGN DUK TERPERAP jer dalam umah atau bilik..keluarlah ambik angin ker, jalan-jalan ker bagi darah kita mengalir dgn bagus dalam badan tu

Stres/Kesedihan Peringkat Tinggi..hmm ni mcm2 ni..byk kes, kes kematian, putus cinta, sakit pendek kata yang berat2 lah..
  • Pertama sekali sy akan ucapkan alhamdulillah di atas cubaan dan dugaan yg diberikan, then istiqfar sebanyak yg mungkin dan ucapkanlah innalillah sbgaimana yg di atas..
  • Yg ni sy takkan ambik lagu atau muzik yg membingitkan telinga tetapi lebih kepada muzik atau lagu yg mendekatkan saya kepada pencipta spt nasyid, zikir dll..
  • Buatlah solat hajat,mohon ketenangan, buat solat sunat yg lain, berzikir, bertahjud,mengaji al quran sehingga tenang..
  • Amalkan sikap berlapang dada..fikir positif
  • Suka mencari ilmu di mana saya akan membeli buku2 agama yg memberikan byk manfaat dan mengandungi unsur2 nasihat..setiap isi kandungan atau nasihat yg terkandung dlm buku tersebut akan sy praktikan dalam diri sebagai perkara yg memotivasikan diri saya...

Ini sahaja cara-cara sy menanggani setiap masalah hidup yg sy alami...Apa yg saya selalu ingat setiap kali hadapi musibah atau ujian Allah ini...adalah:
  • Berfikiran positif, qanaah(terima seadanya) iaitu yakin apa yg berlaku adalah kehendak Illahi, kerana ianya tidak lain tidak bukan adalah sebagai penebus dosa2 kita, sebagai meningkatkan lagi darjat kita di sisi NYA so kita tak rugi apa2 setiap kali ditimpa musibah...dgn syarat kita sabar..org yg sabar insyaallah kesabaran inilah yg akan menyelamatkannya di akhirat kelak,kesabaran ini jualah akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah swt. dan dgn kesabaran ini jua para malaikat sentiasa mendampingi kita sentiasa mendoakan kita dan insyaallah pahala berlipat kali ganda dan tersedianya sebuah syurga utk kita...
  • Tak rugi susah di dunia kerana org2 soleh yg terdahulu hidup mereka penuh dgn derita dan jerit kepayahan hidup yg mana syurga sedang menanti mereka..usahlah gusar dan berduka..kerana jerit derita kita di dunia ini adalah sebesar zarah saja jika nak di bandingkan di akhirat kelak..sabarlah menghadapi Ujian Allah,,,kerana DIA menyayangimu..
Kalau mau cuba cubalah tips ni..insyaallah menjadi jnji kena lawan perasaan yg negetif..yakin pada diri yakin akan bantuan Allah....

selamat mencuba sahabat...(^_^)

1 Response to "STRES DAN KESEDIHAN, BAGAIMANAKAH ANDA MENANGGANINYA?"

  1. yeLLoWguRLz says:
    October 25, 2010 at 11:32 PM

    sy pernah mencuba dan sentiasa mencuba sehingga ke hari ini tp sgt sukar. sy cuma akan dpt bertenang seketika bila berckp dgn Allah SWT dlm doa sy. ttp percaya la, ianya sgt sukar....

Post a Comment