Pages

Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK

 

by X10der MUSLIMAH FASHION on Friday, October 15, 2010 at 7:34am
1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.

11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath

Tazkirah Remaja: Ibadat, wirid, zikir hiburan bagi orang mukmin beriman




 
tiga kategori hiburan, iaitu:
ü  Bagi seorang mukmin iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan. Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan segar. Emosi pula terkawal. Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firman-Nya bermaksud: “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang.”

ü   Hiburan kategori kedua pula iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah.
Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah. Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga merasai kehebatan ciptaan Allah, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepada-Nya.

Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik berhibur. Jadi, hiburan hanya sekadar hiburan, terhenti setakat itu saja.

Namun, hiburan kategori ini selagi mana tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.

ü   Hiburan kategori ketiga pula ialah yang paling popular di kalangan ramai kini, terutama muda-mudi. Konsert artis, nyanyian yang lalai, pesta, kelab malam, berpasangan dan seumpamanya adalah menjadi hambatan hidup remaja kini.

Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan.

Keseronokan itu bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang.

Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati menjadi keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar untuk menerima kebenaran.

Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat.

Selalunya hanya kanak-kanak yang amat gemar pada gula-gula, manakala golongan dewasa tidak kerana mereka lebih mengutamakan makanan mengenyangkan

Tazkirah Remaja: 'Atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri'



Bersama Mohd Zawawi Yusoh

HIDUP penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan.

Pertemuan kali ini saya titipkan beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan...

1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.


Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.

Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.

Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.

Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani
.
Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara.

Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.
3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.


Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.

Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.
Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.

Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah.

Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.

Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:
"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.
Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.

Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki.
Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi.
Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.
Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.

Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.

Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)

ISTIMEWANYA WANITA



*    " Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."
*    " Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."
*    " Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"
*    " Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"
*    " Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
*    " Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."
*    " Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
*    " Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
" Sabda Nabi S.A.W:
"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat

HUKUM WANITA MEMAKAI WANGIAN ATAU PERFIUM

Pelbagai ulamak telah berijtihad dan memutuskan hukum tentang pemakaian bau-bauan oleh wanita. Terdapat beberapa keadaan hukum tentang pemakain wangian antaranya, sunat, wajib., makruh dan haram. Berbeza pula dengan pemakaian wangian bagi kaum lelaki, hukum pemakaiannya sunat sepanjang masa kecuali jika terdapat keterangan yang menghukum sebaliknya.
1. Waktu wajib wanita memakai wangian-wangian.
Hukum memakai wangian adalah wajib bagi wanita, iaitu ketika suami ada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami di waktu malam, hendaklah mereka terlebih dahulu memakai wangi-wangian dan jika selain daripada tujuan tersebut maka tidak diwajibkan.
Nabi bersabda, maksudnya:
Sebaik-baik wanita(isteri) ialah jika kamu (suami) memandang kepadanya sentiasa menyenagkan hati kamu…
( An-Nasa’ie dari Abu Hurairah)
Maksud menyenangkan hati diertikan disini, ialah dalam semua segi. Dari segi akhlak, wajah dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami, semuanya termasuk perkara yang boleh menyenagkan suami. Tetapi untuk keluar rumah, wanita dilarang bahkan haram bersolek dan mengenakan bau-bauan.
2. Waktu sunat memakai wangian.
- Ketika berada di dalam rumah, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan suami.
- Ketika hendak sembahyang dan beribadah di dalam rumah bukan di masjid. Kalau hendak ke masjid maka terdapat hadis yang melarang wanita memakai wangian.
- Ketika menyambut teatamu wanita, maka sunat memakai wangian kerana jika berkeadaan busuk kemungkinan boleh menyakiti perasaan tetamu.
Terdapat sabda nabi yang menjelaskan bahawa wanita juga digalakkan memakai wangian, tetapi tidak diwaktu yang dilarang.
Sabda nabi S.A.W : “ Wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangian wanita ialah yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya.”
3. Waktu makruh wanita memakai wangian.
Hukum berwangi-wangian ketika puasa adalah makruh. Ini telah disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan di dalam bab puasa. Kenyataan ini dipegang oleh Imam Syafie dan Qaliyubi bahawa makruh memakai wangian ketika puasa.
4. Waktu haram wanita memakai minyak wangi.
Diharam bagi wanita memakai wangian iaitu ketika keluar rumah, dihadapan lelaki bukan mahram, tujuan memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Sebagaimana sabda nabi S.A.W : “ Seorang wanita apabila memakai bauan,kkemudian keluar melalui di hadapan orang ramai dalam suatu majlis yang ada lelaki bukan mahram denganya, maka wanita tersebut dikira seperti orang yang melakukan zina.”

NASIHAT LUQMAN HAKIM TERHADAP ANAKNYA



  1. Hai anakku ketahuilah sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yg dalam, byk manusia yg karam kedalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jgn karam. Layarilah lautan itu dgn sampan yg bernama taqwa, isinya ialah iman, dan layarnya ialah tawakkal kepada ALLAH.

  1. Orang-orang yang sentiasa menyediakan diri untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

  1. Hai anakku: orang yang sentiasa merasa dirinya hina dan  rendah di dalam beribadat dan taat kdp ALLAH, maka dianya tawadhu kpdNYA, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNYA.

  1. Hai anakku  seandainya orang tua mu marah kepadamu (krn kesalahanmu) , maka marahnya orang tua itu bagaikan baja bagi tanaman-tanaman

  1. Jauhkanlah dirimu dari berhutang krn sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

  1. Dan selalu berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak mendurhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dgn sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmatNYA.

  1. Hai anakku: seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal2 yg tidak benar, ketahuilah , memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

  1. Hai anakku : engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, akan tetapi akan lebih lagi daripada itu semua, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga yg jahat.

  1. Hai anakku: Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yg bodoh menjadi utusan. Maka bila tidak ada orang yg cerdas dan pintar sebaiknya dirimu sahajalah yg menjadi utusan.

  1. Jauhilah sifat dusta, sebab berdusta itu mudah sekali smengerjakannya, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

  1. Bila engkau menghadapi dua alternatif atau dua kemungkinan, takziah orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih utk menjenguk orang mati .Sebab menjenguk orang mati itu akan mengingatkan kepada kampong akhirat, sedangkan menghadiri pesta pernikahan itu hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi saja.

  1. Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu  kenyang itu alangkah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

  1. Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya barang, kerana yg manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran, dan yg pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

  1. Makanlah makananmu bersama-sama dgn orang2 yg taqwa dan musyawarahlah urusanmu dgn para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya,

  1. Hai anakku: bukanlah sesuatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tak ubahnya bagaikan seorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat utk memikulnya padahal ia masih menambahkannya.

  1. Bila engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dgn pura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian maka berhati-hati lah kamu.

  1.  Selalu baiklah tutur katamu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu.Kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

  1. Bila engkau berteman tempatkanlah dirimu padanya sebagai seseorang yg tak mengharapkan sesuatu daripadanya.Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu daripadamu.

  1. Jadikanlah dirimu segala tingkah laku mu sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain, kerana motivasi riyak itu menimbulkan cela.

  20. Usahkanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara usahkanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain

CINTA PADA ISTERI BERLEBIHAN MEMBAWA FITNAH BAGI SUAMI

Kecintaan kepada istri tanpa disadari banyak menggiring suami ke bibir jurang petaka. Betapa banyak suami yg memusuhi orang tua demi membela istrinya. Betapa banyak suami yg berani menyeberangi batasan-batasan syariat krn terlalu menuruti keinginan istri. Malang setelah hubungan kekerabatan berantakan, hancur harta tdk ada lagi yg tersisa banyak suami yg belum juga menyadari kesalahannya.

Cinta kepada istri merupakan tabiat seorang insan dan merupakan anugerah Ilahi yg diberikan-Nya kepada sepasang insan yg menyatukan kata dan hati mereka dlm ikatan pernikahan.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُوْنَ


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adl Dia menciptakan utk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepada dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah . Sesungguh pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yg berfikir.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai makhluk Allah Subhanahu wa Ta’ala yg paling mulia dan sosok yg paling sempurna dianugerahi rasa cinta kepada para istri yg beliau nyatakan dlm sabdanya:
حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُنْيَا النِّسَاءُ وَالطِّيْبُ، وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِيْ فِي الصَّلاَةِ

“Dicintakan kepadaku dari dunia kalian1 para wanita dan minyak wangi dan dijadikan penyejuk mataku di dlm shalat.”2
Namun yg disayangkan terkadang rasa cinta itu membawa seorang suami kepada perbuatan yg tercela. Kerana menuruti istri tercinta ia rela memutuskan hubungan dgn orang tuanya. Ia berani melakukan korupsi di tempat kerjanya. Ia enggan utk turun berjihad fi sabilillah ketika ada seruan jihad dari penguasa. Ia bahkan siap menempuh segala cara demi membahagiakan istri tercinta walaupun harus melanggar larangan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika sudah seperti ini keadaan berarti cinta itu membawa mudharat baginya. Ia telah terfitnah dgn istrinya. Yang lbh berbahaya lagi bila cinta kepada istri lbh dia dahulukan dari segala hal. Bahkan lbh dia dahulukan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala Rasul-Nya dan agama-Nya. Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengancam dlm firman-Nya:
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيْرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوْهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيْلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ وَاللهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِيْنَ

“Katakanlah: ‘Jika bapak-bapak kalian anak-anak saudara-saudara istri-istri kaum keluarga kalian harta kekayaan yg kalian usahakan perniagaan yg kalian khawatirkan kerugian rumah-rumah tempat tinggal yg kalian sukai adl lbh kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya mk tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tdk memberi petunjuk kepada orang2 yg fasik.”
Karena ada dampak cinta yg berlebihan seperti inilah Allah Subhanahu wa Ta’ala nyatakan bahwa di antara istri dan anak ada yg menjadi musuh bagi seseorang dlm status dia sebagai suami atau sebagai ayah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلاَدِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوْهُمْ

“Wahai orang2 yg beriman sesungguh di antara istri-istri dan anak-anak kalian ada yg menjadi musuh bagi kalian mk hati-hati/waspadalah kalian dari mereka.”
Musuh di sini dlm arti si istri atau si anak dapat melalaikan sang suami atau sang ayah dari melakukan amal shalih. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلاَ أَوْلاَدُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُوْنَ

“Wahai orang2 yg beriman janganlah harta-harta kalian dan jangan pula anak-anak kalian melalaikan kalian dari berdzikir/mengingat Allah. Barangsiapa yg berbuat demikian mk mereka itulah orang2 yg merugi.”
Mujahid berkata tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلاَدِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوْهُمْ

“Sesungguh di antara istri-istri dan anak-anak kalian ada yg menjadi musuh bagi kalian mk hati-hati/waspadalah kalian dari mereka.” Yakni cinta seorang lelaki/suami kepada istri membawa utk memutuskan silaturahim atau bermaksiat kepada Rabbnya. Si suami tdk mampu berbuat apa-apa krn cinta kepada si istri kecuali sekedar menuruti istrinya.”
Beliau juga berkata: “Kecintaan kepada istri dan anak membawa mereka utk mengambil penghasilan yg haram lalu diberikan kepada orang2 yg dicintai ini.”
Selain itu istri dan anak dapat memalingkan mereka dari jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan membuat mereka lamban utk taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.


jiwa itu memang tercipta utk mencintai istri dan anak-anak. mk Allah Subhanahu wa Ta’ala menasehati hamba-hamba-Nya agar kecintaan itu tdk sampai membuat suami terlena sehingga hanya ada istri saja dimatanya sampai sampai mengurangi ciinta kepada Allah.

kemudian karena teramat besar cinta sang suami kepada istri, maka Istri tidak boleh bergaul dengan siapapun (karena suami sangat cemburu) , ia di kurung di rumah walau di rumahnya di sediakan berbagai macam kebutuhan lengkap. ingat bahwa istri adalah manusia , makhluk solial, ia butuh bermasyarakat, butuh mencari ilmu,butuh sahabat, butuh interaksi. selama yg dikerjakan itu wajar wajar saja, dan masih dalam koridor syari'at yg betul, kenapa harus di kekang ?

khawatir akan berakibat kepada kejiwaan istri...dan ini pun akan menjadi Fitnah bagi suami. Hati hatilah.....