Pages

Showing posts with label FEMININ. Show all posts
Showing posts with label FEMININ. Show all posts

ATTENTION LADIES (SIRI 2)

Hapuskan Kalori Bagi Wanita Seberat 60 kg dan ke atas

  1. Keluarlah untuk shopping, ia dapat menyingkirkan sebanyak 25 kalori.
  2. Menari sepenuh hati, akan membuang 230 kalori dalam tempoh 45 minit
  3. Ubah susun atur perabot ia akan menghapuskan kalori sebanyak 405
  4. Memasaklah kerana ia boleh membuang kalori sebyak 70.

Senaman Bantu Atasi Senggugut
  1. Pilihlah senaman yang meningkatkan kadar denyutan jantung, misalnya joging selama 20 minit. Ia mampu membantu meningkatkan aliran darah dan sekaligus mengurangkan kesakitan secara semulajadi tanpa bantuan ubat penahan sakit.

Haid buatkan anda Hilang Fokus Untuk Bersenam
  1. Anda sering bersenam tetapi setiap kali tiba bulan itu anda tidak bersemangat utk bersenam tidak mampu beri fokus.Hakikatnya, semasa haid tahap kecerdasan anda akan menurun sekaligus prestasi diri akan menjadi lemah. So apa tunggu lagi, masa inilah tubuh anda memerlukan rehat yang secukupnya...maka biarkan tubuh anda rehat sepanjang tempoh haid.

Berbual Bantu awet Muda
  1. Satu kajian terkini menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan rapat mempunyai risiko yang lebih rendah dalam mengalami masalah kerosakan gigi berbanding dengan mereka yang tidak. Sementara itu, aktiviti berbual-bual dan bersosial juga berupaya dalam mengurangkan tekanan. Justeru, jalinlah hubungan rapat dengan ahli keluarga dan kawan-kawan melalui perbualan,aktiviti seperti ini akan menjadikan anda kelihatan jauh lebih muda.

Kekalkan Tubuh Cantik Sebelum Majlis Istimewa
  1. Tambahkan asparagus pada makanan kerana bahan diuretik yang terkandung di dalamnya mampu melancarkan pencernaan tubuh. Elakkan memakan makanan yang mengembungkan perut seperti kacang, brokoli dan tenusu. Selain itu makanan yang masin-masin misalnya kentang goreng juga patut di elakkan kerana ia menakung air.

Makanan Yg Boleh Sebabkan Keguguran
  1. Daging proses diketahui paling mudah dicemari dengan 'listeria' yang  mana mampu menyebabkan keguguran. Listeria mempunyai keupayaan untuk melintasi plasenta dan memberikan jangkitan kepada bayi atau berlakunya keracunan dalam darah. Jika anda hamil dan mahu menikmati daging proses, pastikan ia dipanaskan sehingga berwap.


Elak Jangkitan Cara Mudah
  1. Terkena jangkitan yis amat memalukan kita hmm walaupun org lain tidak nampak tapi mampu menurunkan keyakinan diri seorang perempuan..Caranya, titikan minya tea free pada tampon dan selitkannya kedalam vargina anda. Biarkan selama 20 minit dan ulangi langkah yang sama sebanyak dua kali sehari. Tiada salahnya anda membiarkan tampon ini berada dalam vargina sepanjang malam kerana ia lebih berkesan untuk melawan jangkitan yis yang jahat.

SIHAT DAN CERGAS -BANTU ANDA KELIHATAN AWET MUDA

Terlalu Stress

  • Stress yang berlebihan mampu menurunkan daya tahan badan, justeru mendorong diri anda kepada risiko penyakit jantung dan membuatkan anda tidak selesa.
  • Para ibu yg mempunyai anak-anak yang berpenyakit merupakan orang yang paling mudah mendapat stress dan mengalami penuaan yang paling cepat.
Cara atasi
  • Tarik nafas dalam-dalam.Untuk jangka masa yg panjang,luangkan sedikit waktu dgn melakukan perkara-perakra yang mengembirakan untuk mengurangkan stres anda.

Kurang Bergerak
  • Walaupun dengan hanya sedikit menggerakkan badan, anda boleh mengurangkan berat badan yang bertambah, mengurangkan, mengurangkan stres dan mencegah penyakit Alzheimer
Cara atasi
  • Langkah pertama dengan memastikan diri anda lebih aktif dgn meletakkan kenderaan anda jauh dari pejabat, menggunakan tangga daripada lif, melakukan senaman spt berjalan kaki selama 30 minit atau 5kali seminggu.

Kurang Tidur
  • Masalah kurang tidur berkait rapat dengan masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah ingatan
Cara atasi
  • Singkirkan benda-benda yang boleh mengganggu ketenangan anda ketika berada di bilik tidur seperti televisyen,radio dan barang eletronik yang lain.Ciptakan susana bilik tidur yang nyaman dengan lampu malap yang akan membuatkan anda tidur dengan nyenyak.

Berat badan berlebihan
  • Berat badan yg berlebihan mampu membawa diri anda ke arah penyakit jantung, diabetes atau kanser.Kajian yang dilakukan belum tentu dapat membantu jika di bandingkan dengan komitmen anda untuk melakukannya dengan penuh disiplin.
Tip
  • Ikut diet yang bersesuian dengan gaya hidup agar anda lebih cenderung utnuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa yang anda lakukan

Merokok
  • Untuk mengurangkan bahaya kanser dan penuaan anda boleh menggantikan rokok dengan gula-gula getah yang mempunyai rasa nikotin.
  • Mengikut penelitian yang dilakukan pada tahun 2004, gula-gula getah yang mmepunyai rasa nikotin memberikan hasil dua kali ganda di mana perokok berhenti merokok berbanding dengan janji perokok untuk berhenti merokok.

Terkena Sinaran Matahari
  • Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari yang berlaku kerap.Bahang matahari boleh menjurus kepada risiko kanser kulit.
Tip
  • Apabila keluar rumah, guna dan sapukan krim penghalang sinaran matah
  • ari atau losyen yang mengandungi SPF 15.

Pencemaran Udara
  • Sentiasa terdedah kepada udara yang kotor atau persekitaran yang tidak sihat boleh menyebabkan batuk dan sakit mata.Kesannya juga berkait rapat dengan serangan penyakit asma dan masalah pernafasan.
Cara Atasi
  • Untuk mengelakkan daripada masalah ini, cari ruangan yang tidak terlalu ramai orang, bukan sahaja dapat mengurangkan jangkitan tetapi memberi keselesaan kepada anda.

Mengambil Makanan Berlemak
  • Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan kolesterol tinggi dan merangsang penyakit jantung. Kalau boleh, biasakan diri anda dengan mengambil makanan yang tiada kolesterol atau rendah lemak.
Tip
  • Mulakan strategi dengan tidak mengambil jumlah lemak kurang 10% daripada keseluruhan kalori.

Pengambilan Gula Berlebihan
  • Pengambilan gula yang berlebihan dapat menaikkan berat badan dan kemungkinan terdorong kepada serangan penyakit jantung. Ahli nutrisi menyarankan agar tidak mengambil gula dalam makanan yang mengandungi gula sebanyak 12 sudu teh sehari.
Tip
  • Anda boleh gantikan gula dalam makanan yang manis dengan buah-buahan atau sayur segar.

Minuman Beralkohol
  • Stres adalah punca utama menyebabkan ramai yang melepaskan tekanan dengan mengambil minuman beralkohol.Namun disebalik pengambilan itu, bahaya sedang menanti. Gangguan kesihatan termasuk serangan jantung, kanser hati atau kanser payudara pasti menyerang apabila pengambilan alkohol secara berlebihan. HARAM bagi UMAT ISLAM.

ATTENTION LADIES...TIP AWET MUDA

Kesalahan dalam pola hidup,cara pemakanan dan sebagainya boleh mmenbuatkan wajh anda tidak berseri.Untuk kelihatan awet muda dan segar..jom kawan-kawan ikutilah tip ini..:

Fikiran Positif
Terlalu banyak berfikir boleh membuatkan wajah
anda kelihatan lebih tua.Berfikirlah secara
positif dan sentiasa menerima apa-apa
masalah sbgai sesuatu yang baik.

Kosmetik Yg Sesuai
Tersilap memilih produk yang tidak sesuai boleh
merosakkan wajah anda. Maka kenali jenis
kulit dan gunakan produk yang sesuai.
jangan hanya mudah terpengaruh
dengan harga dan jenama.

Tidur Yg Cukup
Cuba usahakan agar anda mempunyai masa yang cukup
atau tidur sekurang-kurangnya 8jam sehari.
Dengan tidur yang cukup, ia membantu tubuh anda
memperbaiki sel-sel yang rosak.

Senaman
Aktiviti yang padat sepanjang hari membuatkan anda sukar
membahagikan masa untuk bersenam. Demi
untuk kesihatan diri, luangkan masa
bersenam sekurang-kurangnya
dua kali seminggu.

Pengambilan Buah-buahan & Sayur
Ambillah buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari kerana
kandungan mineral dan vitamin yang terdapat
dalam sayuran dan buah-buahan sgt
berguna bagi kesegaran wajah