Hapuskan Kalori Bagi Wanita Seberat 60 kg dan ke atas
- Keluarlah untuk shopping, ia dapat menyingkirkan sebanyak 25 kalori.
- Menari sepenuh hati, akan membuang 230 kalori dalam tempoh 45 minit
- Ubah susun atur perabot ia akan menghapuskan kalori sebanyak 405
- Memasaklah kerana ia boleh membuang kalori sebyak 70.
Senaman Bantu Atasi Senggugut
- Pilihlah senaman yang meningkatkan kadar denyutan jantung, misalnya joging selama 20 minit. Ia mampu membantu meningkatkan aliran darah dan sekaligus mengurangkan kesakitan secara semulajadi tanpa bantuan ubat penahan sakit.
Haid buatkan anda Hilang Fokus Untuk Bersenam
- Anda sering bersenam tetapi setiap kali tiba bulan itu anda tidak bersemangat utk bersenam tidak mampu beri fokus.Hakikatnya, semasa haid tahap kecerdasan anda akan menurun sekaligus prestasi diri akan menjadi lemah. So apa tunggu lagi, masa inilah tubuh anda memerlukan rehat yang secukupnya...maka biarkan tubuh anda rehat sepanjang tempoh haid.
Berbual Bantu awet Muda
- Satu kajian terkini menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan rapat mempunyai risiko yang lebih rendah dalam mengalami masalah kerosakan gigi berbanding dengan mereka yang tidak. Sementara itu, aktiviti berbual-bual dan bersosial juga berupaya dalam mengurangkan tekanan. Justeru, jalinlah hubungan rapat dengan ahli keluarga dan kawan-kawan melalui perbualan,aktiviti seperti ini akan menjadikan anda kelihatan jauh lebih muda.
Kekalkan Tubuh Cantik Sebelum Majlis Istimewa
- Tambahkan asparagus pada makanan kerana bahan diuretik yang terkandung di dalamnya mampu melancarkan pencernaan tubuh. Elakkan memakan makanan yang mengembungkan perut seperti kacang, brokoli dan tenusu. Selain itu makanan yang masin-masin misalnya kentang goreng juga patut di elakkan kerana ia menakung air.
Makanan Yg Boleh Sebabkan Keguguran
- Daging proses diketahui paling mudah dicemari dengan 'listeria' yang mana mampu menyebabkan keguguran. Listeria mempunyai keupayaan untuk melintasi plasenta dan memberikan jangkitan kepada bayi atau berlakunya keracunan dalam darah. Jika anda hamil dan mahu menikmati daging proses, pastikan ia dipanaskan sehingga berwap.
Elak Jangkitan Cara Mudah
- Terkena jangkitan yis amat memalukan kita hmm walaupun org lain tidak nampak tapi mampu menurunkan keyakinan diri seorang perempuan..Caranya, titikan minya tea free pada tampon dan selitkannya kedalam vargina anda. Biarkan selama 20 minit dan ulangi langkah yang sama sebanyak dua kali sehari. Tiada salahnya anda membiarkan tampon ini berada dalam vargina sepanjang malam kerana ia lebih berkesan untuk melawan jangkitan yis yang jahat.
0 Response to "ATTENTION LADIES (SIRI 2)"
Post a Comment