Pages

SIHAT DAN CERGAS -BANTU ANDA KELIHATAN AWET MUDA

Terlalu Stress

  • Stress yang berlebihan mampu menurunkan daya tahan badan, justeru mendorong diri anda kepada risiko penyakit jantung dan membuatkan anda tidak selesa.
  • Para ibu yg mempunyai anak-anak yang berpenyakit merupakan orang yang paling mudah mendapat stress dan mengalami penuaan yang paling cepat.
Cara atasi
  • Tarik nafas dalam-dalam.Untuk jangka masa yg panjang,luangkan sedikit waktu dgn melakukan perkara-perakra yang mengembirakan untuk mengurangkan stres anda.

Kurang Bergerak
  • Walaupun dengan hanya sedikit menggerakkan badan, anda boleh mengurangkan berat badan yang bertambah, mengurangkan, mengurangkan stres dan mencegah penyakit Alzheimer
Cara atasi
  • Langkah pertama dengan memastikan diri anda lebih aktif dgn meletakkan kenderaan anda jauh dari pejabat, menggunakan tangga daripada lif, melakukan senaman spt berjalan kaki selama 30 minit atau 5kali seminggu.

Kurang Tidur
  • Masalah kurang tidur berkait rapat dengan masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah ingatan
Cara atasi
  • Singkirkan benda-benda yang boleh mengganggu ketenangan anda ketika berada di bilik tidur seperti televisyen,radio dan barang eletronik yang lain.Ciptakan susana bilik tidur yang nyaman dengan lampu malap yang akan membuatkan anda tidur dengan nyenyak.

Berat badan berlebihan
  • Berat badan yg berlebihan mampu membawa diri anda ke arah penyakit jantung, diabetes atau kanser.Kajian yang dilakukan belum tentu dapat membantu jika di bandingkan dengan komitmen anda untuk melakukannya dengan penuh disiplin.
Tip
  • Ikut diet yang bersesuian dengan gaya hidup agar anda lebih cenderung utnuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa yang anda lakukan

Merokok
  • Untuk mengurangkan bahaya kanser dan penuaan anda boleh menggantikan rokok dengan gula-gula getah yang mempunyai rasa nikotin.
  • Mengikut penelitian yang dilakukan pada tahun 2004, gula-gula getah yang mmepunyai rasa nikotin memberikan hasil dua kali ganda di mana perokok berhenti merokok berbanding dengan janji perokok untuk berhenti merokok.

Terkena Sinaran Matahari
  • Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari yang berlaku kerap.Bahang matahari boleh menjurus kepada risiko kanser kulit.
Tip
  • Apabila keluar rumah, guna dan sapukan krim penghalang sinaran matah
  • ari atau losyen yang mengandungi SPF 15.

Pencemaran Udara
  • Sentiasa terdedah kepada udara yang kotor atau persekitaran yang tidak sihat boleh menyebabkan batuk dan sakit mata.Kesannya juga berkait rapat dengan serangan penyakit asma dan masalah pernafasan.
Cara Atasi
  • Untuk mengelakkan daripada masalah ini, cari ruangan yang tidak terlalu ramai orang, bukan sahaja dapat mengurangkan jangkitan tetapi memberi keselesaan kepada anda.

Mengambil Makanan Berlemak
  • Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan kolesterol tinggi dan merangsang penyakit jantung. Kalau boleh, biasakan diri anda dengan mengambil makanan yang tiada kolesterol atau rendah lemak.
Tip
  • Mulakan strategi dengan tidak mengambil jumlah lemak kurang 10% daripada keseluruhan kalori.

Pengambilan Gula Berlebihan
  • Pengambilan gula yang berlebihan dapat menaikkan berat badan dan kemungkinan terdorong kepada serangan penyakit jantung. Ahli nutrisi menyarankan agar tidak mengambil gula dalam makanan yang mengandungi gula sebanyak 12 sudu teh sehari.
Tip
  • Anda boleh gantikan gula dalam makanan yang manis dengan buah-buahan atau sayur segar.

Minuman Beralkohol
  • Stres adalah punca utama menyebabkan ramai yang melepaskan tekanan dengan mengambil minuman beralkohol.Namun disebalik pengambilan itu, bahaya sedang menanti. Gangguan kesihatan termasuk serangan jantung, kanser hati atau kanser payudara pasti menyerang apabila pengambilan alkohol secara berlebihan. HARAM bagi UMAT ISLAM.

0 Response to "SIHAT DAN CERGAS -BANTU ANDA KELIHATAN AWET MUDA"

Post a Comment