Pages

KESIHATAN LELAKI

Marah Boleh Bawa Maut

  • Lelaki lebih mudah menjadi pemarah berbanding wanita kerana sifatnya yg sentiasa ingin menjaga maruah dan menonjolkan sikap maskulin seorang lelaki. Walaupun ketika bersantai atau senang menikmati cuti, lelaki tidak dapat menahan rasa marah kepada perkara yang boelh mendatangkan amarahnya. Perasaan marah dapat membantu seorang lelaki rasa dihormati dan menguasai. Menurut charles D Spielberg, PhD di fakulti psikologi di Universiti Florida Selatan yg membuat kajian tentang tabiat marah selama 25 thn mendapati lelaki pemarah yg digolongkan dalam "short -fused type A" didapati boleh mengundang bahaya maut.

Merah Warna Cinta Lelaki
  • Merah warna cinta bagi lelaki.Menurut, 2 pakar psikologi dari Universiti Rachester, New York yang menjalankan kajian untuk mengenalpasti bagaimana warna mempengaruhi tindak balas lelaki terhadap wanita. Keputusan menunjukkan warna merah membuatkan lelaki berasa lebih ghairah, tertarik, berkeinginan dari segi seksual terhadap wanita serta membuatkan wanita tampil lebih elegen walaupun mereka tidak menyedarinya...

Kulit Lambat Berkedut
  • Perubahan kulit lebih ketara berlaku apabila usia mencecah 40an-50an, apabila penghasilan kulit baru menggantikan sel kulit mati semakin perlahan. Pada usia ini, kulit bukan sahaja menjadi kering, bertompok-tompok dan kusam tetapi juga menunjukkan tanda-tanda penuan seperti kedut. Menurut Tina Alster, MD, Director of Washington Institute Of Dermatologic Laser Surgery, lelaki kuran g mengalami kulit berkedut berbanding wanita kerana lelaki mempunyai byk bulu halus di muka dan kurang terdedah kepada sinaran matahari. Oleh itu kulit mereka kurang berkedut di tepi bahagian mulut.

Usia Pengaruhi Peluang Kehamilan
  • Kita memang sedia maklum bahawa wanita berusia 40an amat berisiko untuk hamil. Kajian mendapati, usia si ayah juga mempengaruhi masalah untuk menimang cahaya mata. Lelaki yang berusia lebih dari 40 tahun berdepan masalah untuk memiliki cahaya mata berbanding lelaki muda. Lelaki lebih 40 thun, sperma lelaki mengalami kecacatan yg mendorong kepada keguguran kandunga.

Berjalan Perlahan Cepat Mati
  • Warga emas yg berjalan perlahan lebih terdedah kepada risiko meninggal dunia hampir tiga kali lebih tinggi akibat penyakit jantung berbanding mereka yang berjalan cepat. Kajian tersebut dilakukan terhadap warga emas yang berusia di antara 65 hingga 85 tahun. Kenyataan ini di akui oleh sekumpulan pakar perubatan di Paris Perancis. Kajian sebelum ini menunjukkan mereka yan gberjalan lambat meninggal dunia bukan disebabkan oleh masalah jantung, sebaliknya disebabkan oleh faktor lain spt kanser dan sbgainya.

Koko Penaik Nafsu
  • Makanan yg mengandungi bahan anandamide dan phenylthylamine ini boleh myybabkan tubuh menghasilkan rasas eronok seperti endorfin yg terhasil ketika melakukan hubungan seks atau aktiviti fizikal.  Koko yg mengandungi methylzntihines bertanggungjawab membuatkan kulit sensitif pada sentuhan. Pastikan anda menikmati coklat asli yang kaya dengan koko berbanding coklat susu. Coklat susu bukan coklat sebenar kerana ia tidak mengandungi koko asli dan sekaligus coklat ini tidak meningkatkan sensitiviti kulit.

Daun sederi juga membantu
  • Anda tidak perlu lagi menyembur sebotol minyak wangi untuk menarik perhatian wanita. Daun sederi mungkin boleh membantu anda. Menurut pakar, daun sederi mempunyai kesan yang sama seperti hormon androsteron lelaki. Pakar percaya bahawa hormon in dirembeskan melalui perpeluhan selepas menikmati makanan. Pasangan anda mungkin tidak dapat menghidunya tetapi oleh keran androsteron lelaki diaktakan mampu menarik perhatian wanita, jangan terperanjat jika si dia mula mendekati dan mengoda anda. Selain didampingi anda juga sebenarnya menjaga kesihatan krn mengambil makanan yg rendah lemak dan kaya serat yang mampu membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. (^_^)V 

0 Response to "KESIHATAN LELAKI"

Post a Comment