Pages

PETUA RAWAT PENYAKIT

Kencing manis
  • ·    Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh
    sesudah mencubanya.

Demam kuning
  • ·    Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus,kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang
Penyakit kuning
  • ·   Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah
  • ·    Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis,panasnya akan turun segera
  • ·    Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut
Cara-cara mengurangkan demam
  • ·    Beri pesakit minum air yang banyak
  • ·    Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
  • ·    Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal


Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
  • ·    Beri minum air zam-zam dan lap badannya
  • ·    Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepisungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"
  • ·    Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-
    turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh
    7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala
  • ·    Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
  • ·    Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun
    kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah
    lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat
    cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

0 Response to "PETUA RAWAT PENYAKIT"

Post a Comment