Melicinkan dan memerahkan kulit muka
§ Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
§ Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum
Menegangkan kulit muka
§ Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
Menyerikan wajah
§ Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
§ Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Menghaluskan kulit muka
§ Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
§ Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.
§ Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih
Merawat kulit berkedut
§ Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Mengekalkan kecantikan
§ Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.Menghasilkan Kulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Menegangkan kulit muka dan menghilangkan jerawat
§ Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
§ Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
§ Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang
mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa
sehingga jerawat di muka anda hilang.
mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa
sehingga jerawat di muka anda hilang.
§ Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan
pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian
setiap hari.
pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian
setiap hari.
§ Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya
1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air
sejuk.
1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air
sejuk.
Menghilangkan parut
§ Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan
sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu
rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,
parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu
rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,
parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengembalikan seri muka selepas bersalin.
§ Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Petua untuk mencantikan kulit muka
§ Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
§ Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.
§ Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
§ Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang.
§ Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.
§ Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
§ Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya
untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau
tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya,
mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau
tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya,
mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
Daun petai cina ubat seri muka
§ Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak
tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu
mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang
bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1
bulan.
tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu
mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang
bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1
bulan.
0 Response to "PETUA KHAS UNTUK WAJAH"
Post a Comment