Pages

PETUA MASALAH HIDUNG

Apa itu Resdung?

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat



Penawar resdung siri 1
§  Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
§  Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa

Penawar resdung siri 2

Petua 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.
Petua 2Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong,kerang dan juga ketam.
Petua 3
Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX 2x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka.

Petua 4
Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.

Petua 5
Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih.

Petua 6
Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan antibodi badan.

Petua 7
Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya.

Petua 8
Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

Petua 9

Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.

Petua 10

Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka panjang akan merosakkan buah pinggang






0 Response to "PETUA MASALAH HIDUNG"

Post a Comment