Melembutkan rambut
§ Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Melebatkan rambut
§ Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
§ Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
§ Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya
seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke
dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari
lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian
setiap hari
seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke
dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari
lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian
setiap hari
Mengelakkan rambut gugur
§ Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
§ Ambil lemak ayam dan masak sehing.ga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
§ Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilangkan kelemumur
§ Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Menghilangkan sakit kepala
§ Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
§ Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua
§ Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak
bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam
perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi
halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-
gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam
perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi
halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-
gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
§ Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun
kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah
lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat
cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari
kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah
lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat
cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari
Meluruskan rambut kerinting
§ Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit
Mencantikkan rambut
§ Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu.
§ Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
§ Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.
§ Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang
October 18, 2010 at 7:50 AM
Wah bgs2 petua ni.... suka2..
October 18, 2010 at 8:12 AM
ye ke bagus2 cubalah tapi kena rajin baru dpat hasilnyer hehehe