PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya
Pages
Bismillahirahmanirahim......Assalamualaikum sahabat...
Topik pilihan saya yg ingin diketengahkan adalah isu bagaimana menanggani tekanan/stres dan juga kesedihan.Cara yg bakal sy paparkan di sini adalah mengikut cara saya sendiri berdasarkan pengalaman hidup sy..tak susah pun senang jer, tapi jadi susah bila kita sendiri tak nak berusah merubahnya...hehehe..
Cara sy tanggani stres sy ni boleh dikategerikan kpd 3 peringkat....Nak tahu macam mana Jom baca bicara saya..:::::::
Stres dan Kesedihan Peringkat Rendah..lebih fokus kepada masala-masalah kecik saje..kena marah kat bos ker, gaji lambat masuk ke hehehhe...tepon rosak ker, duit hilang ker..dll..
- Firstly bila hadapi stres atau kesedihan..perkara yg sy akan ucapkan adalah...Istiqfar byk2...then tarikh nafas, kemudian akan sy ucapkan Inna lillahi wa Inna Illahi raji'un, Allahumma ajirni fil mushibati wakhluf li khairan minha..then tarik nafas dalam2 dan senyummmm (^_~)V.
- 2nd, sy suka tgk tv, tontonlah rancangan apa pun kat tv tu..tak pun dgr lagu kesukaan saya janji jgn yg sedih n tangkap leleh lah, makin sedih adalah kalau yg tgh bersedih tu..then kalau yg stres sy suka lagu yg cool tak pun sedikit binggit..hehe kalau anda mungkin suka lagu jenis rentak lain2 kot janji layan jer..
- 3rd sy suka cari kawan, borak2 atau susah sgt nk cari kawan sms jer..citerlah masalah kat sapa2 yg leh dipercayai...pastu wat lah lawak bodoh dgn member...ataupun p kuar dgn member jalan2 ambik angin..hehehe
Stres Peringkat Pertengahan...Selalunya stres atau kesedihan peringkat ni mcm bergaduh dgn kawan ker, gaduh dgn kekasih ker, tak ada duit ker nak makan...dll lah yg mungkin bagi anda ianya boleh dikategorikan sbg peringkat pertengahan..
- So kalau saya di peringkat ini samalah..sy akan istiqfar byk2 n ucapakanlah innalillah seperti doa di atas byk2..berzikir, berdoa padaNYA.
- sya juga akan gunakan muzik sebagai tempat membuang segala kesedihan sya..lebih kepada muzik2 yg berirama rancak, lagu yg hepi2 dan layan...
- menanggis jer apa susah, tapi make sure tak lebih2 nanggis sikit2 dah ler.
- jumpa kawan2 atau borak2 dgn mereka sambil bergelak ketawa, citerkan masalah kita n minta pandangan...
- saya suka berjoging hehe atau buat jer aktiviti outdoor jnji kuar peluh and tak ada masa nak pk akan masalah tersebut..
- bila saya marah kekadang tak boleh nak lepas, sy akan menanggis dah naggi legalah dan satu lagi sikap saya ialah, saya akan cari satu benda yg lembut, hehe jadikan masa tendangan sy atau tumbukan sy utk sy lepaskan geram..
- p tasik hmm tu pun salah satu perkara yg sy suka buat..tgk air yg mengalir tenang..tak pun p ler tepi pantai..ambik udara yg segar..
- JGN DUK TERPERAP jer dalam umah atau bilik..keluarlah ambik angin ker, jalan-jalan ker bagi darah kita mengalir dgn bagus dalam badan tu
Stres/Kesedihan Peringkat Tinggi..hmm ni mcm2 ni..byk kes, kes kematian, putus cinta, sakit pendek kata yang berat2 lah..
- Pertama sekali sy akan ucapkan alhamdulillah di atas cubaan dan dugaan yg diberikan, then istiqfar sebanyak yg mungkin dan ucapkanlah innalillah sbgaimana yg di atas..
- Yg ni sy takkan ambik lagu atau muzik yg membingitkan telinga tetapi lebih kepada muzik atau lagu yg mendekatkan saya kepada pencipta spt nasyid, zikir dll..
- Buatlah solat hajat,mohon ketenangan, buat solat sunat yg lain, berzikir, bertahjud,mengaji al quran sehingga tenang..
- Amalkan sikap berlapang dada..fikir positif
- Suka mencari ilmu di mana saya akan membeli buku2 agama yg memberikan byk manfaat dan mengandungi unsur2 nasihat..setiap isi kandungan atau nasihat yg terkandung dlm buku tersebut akan sy praktikan dalam diri sebagai perkara yg memotivasikan diri saya...
Ini sahaja cara-cara sy menanggani setiap masalah hidup yg sy alami...Apa yg saya selalu ingat setiap kali hadapi musibah atau ujian Allah ini...adalah:
- Berfikiran positif, qanaah(terima seadanya) iaitu yakin apa yg berlaku adalah kehendak Illahi, kerana ianya tidak lain tidak bukan adalah sebagai penebus dosa2 kita, sebagai meningkatkan lagi darjat kita di sisi NYA so kita tak rugi apa2 setiap kali ditimpa musibah...dgn syarat kita sabar..org yg sabar insyaallah kesabaran inilah yg akan menyelamatkannya di akhirat kelak,kesabaran ini jualah akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah swt. dan dgn kesabaran ini jua para malaikat sentiasa mendampingi kita sentiasa mendoakan kita dan insyaallah pahala berlipat kali ganda dan tersedianya sebuah syurga utk kita...
- Tak rugi susah di dunia kerana org2 soleh yg terdahulu hidup mereka penuh dgn derita dan jerit kepayahan hidup yg mana syurga sedang menanti mereka..usahlah gusar dan berduka..kerana jerit derita kita di dunia ini adalah sebesar zarah saja jika nak di bandingkan di akhirat kelak..sabarlah menghadapi Ujian Allah,,,kerana DIA menyayangimu..
selamat mencuba sahabat...(^_^)
Marah Boleh Bawa Maut
- Lelaki lebih mudah menjadi pemarah berbanding wanita kerana sifatnya yg sentiasa ingin menjaga maruah dan menonjolkan sikap maskulin seorang lelaki. Walaupun ketika bersantai atau senang menikmati cuti, lelaki tidak dapat menahan rasa marah kepada perkara yang boelh mendatangkan amarahnya. Perasaan marah dapat membantu seorang lelaki rasa dihormati dan menguasai. Menurut charles D Spielberg, PhD di fakulti psikologi di Universiti Florida Selatan yg membuat kajian tentang tabiat marah selama 25 thn mendapati lelaki pemarah yg digolongkan dalam "short -fused type A" didapati boleh mengundang bahaya maut.
Merah Warna Cinta Lelaki
- Merah warna cinta bagi lelaki.Menurut, 2 pakar psikologi dari Universiti Rachester, New York yang menjalankan kajian untuk mengenalpasti bagaimana warna mempengaruhi tindak balas lelaki terhadap wanita. Keputusan menunjukkan warna merah membuatkan lelaki berasa lebih ghairah, tertarik, berkeinginan dari segi seksual terhadap wanita serta membuatkan wanita tampil lebih elegen walaupun mereka tidak menyedarinya...
Kulit Lambat Berkedut
- Perubahan kulit lebih ketara berlaku apabila usia mencecah 40an-50an, apabila penghasilan kulit baru menggantikan sel kulit mati semakin perlahan. Pada usia ini, kulit bukan sahaja menjadi kering, bertompok-tompok dan kusam tetapi juga menunjukkan tanda-tanda penuan seperti kedut. Menurut Tina Alster, MD, Director of Washington Institute Of Dermatologic Laser Surgery, lelaki kuran g mengalami kulit berkedut berbanding wanita kerana lelaki mempunyai byk bulu halus di muka dan kurang terdedah kepada sinaran matahari. Oleh itu kulit mereka kurang berkedut di tepi bahagian mulut.
Usia Pengaruhi Peluang Kehamilan
- Kita memang sedia maklum bahawa wanita berusia 40an amat berisiko untuk hamil. Kajian mendapati, usia si ayah juga mempengaruhi masalah untuk menimang cahaya mata. Lelaki yang berusia lebih dari 40 tahun berdepan masalah untuk memiliki cahaya mata berbanding lelaki muda. Lelaki lebih 40 thun, sperma lelaki mengalami kecacatan yg mendorong kepada keguguran kandunga.
Berjalan Perlahan Cepat Mati
- Warga emas yg berjalan perlahan lebih terdedah kepada risiko meninggal dunia hampir tiga kali lebih tinggi akibat penyakit jantung berbanding mereka yang berjalan cepat. Kajian tersebut dilakukan terhadap warga emas yang berusia di antara 65 hingga 85 tahun. Kenyataan ini di akui oleh sekumpulan pakar perubatan di Paris Perancis. Kajian sebelum ini menunjukkan mereka yan gberjalan lambat meninggal dunia bukan disebabkan oleh masalah jantung, sebaliknya disebabkan oleh faktor lain spt kanser dan sbgainya.
Koko Penaik Nafsu
- Makanan yg mengandungi bahan anandamide dan phenylthylamine ini boleh myybabkan tubuh menghasilkan rasas eronok seperti endorfin yg terhasil ketika melakukan hubungan seks atau aktiviti fizikal. Koko yg mengandungi methylzntihines bertanggungjawab membuatkan kulit sensitif pada sentuhan. Pastikan anda menikmati coklat asli yang kaya dengan koko berbanding coklat susu. Coklat susu bukan coklat sebenar kerana ia tidak mengandungi koko asli dan sekaligus coklat ini tidak meningkatkan sensitiviti kulit.
Daun sederi juga membantu
- Anda tidak perlu lagi menyembur sebotol minyak wangi untuk menarik perhatian wanita. Daun sederi mungkin boleh membantu anda. Menurut pakar, daun sederi mempunyai kesan yang sama seperti hormon androsteron lelaki. Pakar percaya bahawa hormon in dirembeskan melalui perpeluhan selepas menikmati makanan. Pasangan anda mungkin tidak dapat menghidunya tetapi oleh keran androsteron lelaki diaktakan mampu menarik perhatian wanita, jangan terperanjat jika si dia mula mendekati dan mengoda anda. Selain didampingi anda juga sebenarnya menjaga kesihatan krn mengambil makanan yg rendah lemak dan kaya serat yang mampu membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. (^_^)V
Hapuskan Kalori Bagi Wanita Seberat 60 kg dan ke atas
- Keluarlah untuk shopping, ia dapat menyingkirkan sebanyak 25 kalori.
- Menari sepenuh hati, akan membuang 230 kalori dalam tempoh 45 minit
- Ubah susun atur perabot ia akan menghapuskan kalori sebanyak 405
- Memasaklah kerana ia boleh membuang kalori sebyak 70.
Senaman Bantu Atasi Senggugut
- Pilihlah senaman yang meningkatkan kadar denyutan jantung, misalnya joging selama 20 minit. Ia mampu membantu meningkatkan aliran darah dan sekaligus mengurangkan kesakitan secara semulajadi tanpa bantuan ubat penahan sakit.
Haid buatkan anda Hilang Fokus Untuk Bersenam
- Anda sering bersenam tetapi setiap kali tiba bulan itu anda tidak bersemangat utk bersenam tidak mampu beri fokus.Hakikatnya, semasa haid tahap kecerdasan anda akan menurun sekaligus prestasi diri akan menjadi lemah. So apa tunggu lagi, masa inilah tubuh anda memerlukan rehat yang secukupnya...maka biarkan tubuh anda rehat sepanjang tempoh haid.
Berbual Bantu awet Muda
- Satu kajian terkini menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan rapat mempunyai risiko yang lebih rendah dalam mengalami masalah kerosakan gigi berbanding dengan mereka yang tidak. Sementara itu, aktiviti berbual-bual dan bersosial juga berupaya dalam mengurangkan tekanan. Justeru, jalinlah hubungan rapat dengan ahli keluarga dan kawan-kawan melalui perbualan,aktiviti seperti ini akan menjadikan anda kelihatan jauh lebih muda.
Kekalkan Tubuh Cantik Sebelum Majlis Istimewa
- Tambahkan asparagus pada makanan kerana bahan diuretik yang terkandung di dalamnya mampu melancarkan pencernaan tubuh. Elakkan memakan makanan yang mengembungkan perut seperti kacang, brokoli dan tenusu. Selain itu makanan yang masin-masin misalnya kentang goreng juga patut di elakkan kerana ia menakung air.
Makanan Yg Boleh Sebabkan Keguguran
- Daging proses diketahui paling mudah dicemari dengan 'listeria' yang mana mampu menyebabkan keguguran. Listeria mempunyai keupayaan untuk melintasi plasenta dan memberikan jangkitan kepada bayi atau berlakunya keracunan dalam darah. Jika anda hamil dan mahu menikmati daging proses, pastikan ia dipanaskan sehingga berwap.
Elak Jangkitan Cara Mudah
- Terkena jangkitan yis amat memalukan kita hmm walaupun org lain tidak nampak tapi mampu menurunkan keyakinan diri seorang perempuan..Caranya, titikan minya tea free pada tampon dan selitkannya kedalam vargina anda. Biarkan selama 20 minit dan ulangi langkah yang sama sebanyak dua kali sehari. Tiada salahnya anda membiarkan tampon ini berada dalam vargina sepanjang malam kerana ia lebih berkesan untuk melawan jangkitan yis yang jahat.
Terlalu Stress
- Stress yang berlebihan mampu menurunkan daya tahan badan, justeru mendorong diri anda kepada risiko penyakit jantung dan membuatkan anda tidak selesa.
- Para ibu yg mempunyai anak-anak yang berpenyakit merupakan orang yang paling mudah mendapat stress dan mengalami penuaan yang paling cepat.
- Tarik nafas dalam-dalam.Untuk jangka masa yg panjang,luangkan sedikit waktu dgn melakukan perkara-perakra yang mengembirakan untuk mengurangkan stres anda.
- Walaupun dengan hanya sedikit menggerakkan badan, anda boleh mengurangkan berat badan yang bertambah, mengurangkan, mengurangkan stres dan mencegah penyakit Alzheimer
- Langkah pertama dengan memastikan diri anda lebih aktif dgn meletakkan kenderaan anda jauh dari pejabat, menggunakan tangga daripada lif, melakukan senaman spt berjalan kaki selama 30 minit atau 5kali seminggu.
- Masalah kurang tidur berkait rapat dengan masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah ingatan
- Singkirkan benda-benda yang boleh mengganggu ketenangan anda ketika berada di bilik tidur seperti televisyen,radio dan barang eletronik yang lain.Ciptakan susana bilik tidur yang nyaman dengan lampu malap yang akan membuatkan anda tidur dengan nyenyak.
- Berat badan yg berlebihan mampu membawa diri anda ke arah penyakit jantung, diabetes atau kanser.Kajian yang dilakukan belum tentu dapat membantu jika di bandingkan dengan komitmen anda untuk melakukannya dengan penuh disiplin.
- Ikut diet yang bersesuian dengan gaya hidup agar anda lebih cenderung utnuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa yang anda lakukan
- Untuk mengurangkan bahaya kanser dan penuaan anda boleh menggantikan rokok dengan gula-gula getah yang mempunyai rasa nikotin.
- Mengikut penelitian yang dilakukan pada tahun 2004, gula-gula getah yang mmepunyai rasa nikotin memberikan hasil dua kali ganda di mana perokok berhenti merokok berbanding dengan janji perokok untuk berhenti merokok.
- Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari yang berlaku kerap.Bahang matahari boleh menjurus kepada risiko kanser kulit.
- Apabila keluar rumah, guna dan sapukan krim penghalang sinaran matah
- ari atau losyen yang mengandungi SPF 15.
- Sentiasa terdedah kepada udara yang kotor atau persekitaran yang tidak sihat boleh menyebabkan batuk dan sakit mata.Kesannya juga berkait rapat dengan serangan penyakit asma dan masalah pernafasan.
- Untuk mengelakkan daripada masalah ini, cari ruangan yang tidak terlalu ramai orang, bukan sahaja dapat mengurangkan jangkitan tetapi memberi keselesaan kepada anda.
- Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan kolesterol tinggi dan merangsang penyakit jantung. Kalau boleh, biasakan diri anda dengan mengambil makanan yang tiada kolesterol atau rendah lemak.
- Mulakan strategi dengan tidak mengambil jumlah lemak kurang 10% daripada keseluruhan kalori.
- Pengambilan gula yang berlebihan dapat menaikkan berat badan dan kemungkinan terdorong kepada serangan penyakit jantung. Ahli nutrisi menyarankan agar tidak mengambil gula dalam makanan yang mengandungi gula sebanyak 12 sudu teh sehari.
- Anda boleh gantikan gula dalam makanan yang manis dengan buah-buahan atau sayur segar.
- Stres adalah punca utama menyebabkan ramai yang melepaskan tekanan dengan mengambil minuman beralkohol.Namun disebalik pengambilan itu, bahaya sedang menanti. Gangguan kesihatan termasuk serangan jantung, kanser hati atau kanser payudara pasti menyerang apabila pengambilan alkohol secara berlebihan. HARAM bagi UMAT ISLAM.
Kesalahan dalam pola hidup,cara pemakanan dan sebagainya boleh mmenbuatkan wajh anda tidak berseri.Untuk kelihatan awet muda dan segar..jom kawan-kawan ikutilah tip ini..: