Hmmm sebut jer lelaki hehe bukan macam orang perempaun..asal ada tekanan je nak melenting, muncung, cepat ngadu pada sesiapa saja..hehe saya pun lebih kurang jer..tapi org lelaki ni lain cara mereka..mereka ni kalau ada msalah ker bukan dia suka bercerita sgt..hmm tapi macam mana yer mereka hadapi dan tangani stress mereka...nak tahu jom teroka apa mereka buat time stress..
Main Muzik sebagai terapi
Katanya kalau dah tertekan, sibuk dengan itu sibuk dgn ini, mereka akan kurangkan ketegangan yang melanda dengan bermain muzik. Berekreasi dan main golf juga merupakan pilihan mereka jika mengalami tekanan. Ha jgn tak tahu lelaki juga suka shopping hehe utk dijadikan terapi dikala stress, dan bagi sesetengah lelaki ia berkesan...hmm bagaimana dgn anda..cubalah tips ini..
Pergi Gim dan sauna untuk kekal cergas.
Bagus bagi saya kaedah ini..bersenam untuk menghilangkan stress dgn pergi ke Gim..malah ada yg berkunjung ke pusat sauna sebulan sekali kerana dgn cara ini mampu membuang toksin dalam badan. Ha sebelum tido, ada juga yg mengambil segelas susu sebelum tido fungsinya untuk mendapatkan tido yang lebih lena..Bangun esok pagi tubuh pasti segarr..
Habiskan masa dengan isteri.
Yang ni kaedah untuk mereka yang telah berkahwin..cara nak hilangkan stress dgn mendampingi isteri, biarkan isteri sentiasa di sisi...tambah-tambah time hujung minggu, biasalah sepanjang minggu bekerja badan rasa letih, jadi time hujung minggu ni masa byk dihabiskan bersama isteri tersayang, p bersiar-siar dan bercerita tentang kehidupan mereka berdua dikatakan mampu menjadi terapi..dengan kata lain, hari minggu akan dilakukan pelbagai aktiviti spt org yg sedang bercinta.walaupun tidak bersenam.tapi tetap cergas..
Tengok bola ramai-ramai..
Bagi yang berstatus bujang, tgk bola bersama kawan-kawan kat stadium atau melalui kaca tv mampu menghilangkan keteganggan yg melanda..hmm tapi tak kurang jugak yg dah kawin..cara mereka adalah mengajak si isteri terlibat sama menonton perlawanan itu..bertuah lah siapa yang ada isteri yg mempunyai minat yg sama spt suami..DAN..ha selalu bercerita masalah kepada si isteri setiap kali ada masalah kerana si isteri amat memahami si suami..
Main Futsal dan amalkan pemakanan yang sihat
Cara seterusnya adalah pemakanan dan beriadah...melalui pemakanan yang seimbang juga mampu membantu lelaki mengurangkan tekanan yang dihadapi di samping melibatkan dgn aktiviti riadah seperti futsal, berenang dan bermain bola sepak..
so anda yg diluar sana, jika kurang arif tentang mengatasi tekanan yg dihadapi..sy rasa tips ini mampu membantu ada..selamat beramal..
Pages
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "STRESS - CARA LELAKI MENANGANINYA..."
Post a Comment