Pages

PETUA AWET MUDA CARA ORANG TUA-TUA...

Salam, di sini saya ingin kongsikan sedikit petua awet muda ikut peraturan org-org tua terdahulu..yg kita sedar tak sedar..ia sebenarnya menjadi amalan kita seharian..nak tahu..jom layan..

Solat 5 waktu - Pertama nak awet muda, solat jgnlah ditinggalakn..bagi muka nampak bercahaya kata org tua2..kalau solat tak jaga air muka pun nampak kering, keruh saje..so bersolatlah 5 waktu sehari semalam..

Membaca Al-Quran dan berzikir -Amalkan selalu..kerana dgn berzikir dgn membaca al quran, jiwa yg kacau, jiwa yg serabut, kepala yang pusing semuanya akan kembali tenang insyaallah..bila hati tenang, akal tenang..badan pun sihat..apa lagi aura seri mestilah naik ke muka..wajah penuh berseri2 org tgk muka kita pun nampak tenang..insyaallah.

Berwuduk -ha jangan tak tahu..berwuduk ini mampu buat kita sentiasa berawet muda..hehe..amalkanlah dgn cara berwuduk..pastikan diri kita sentiasa berwuduk walau dalam apa jua keadaan..Fadilatnya- kulit kita sentiasa dalam keadaan lembab, ceria, suci dan bercahaya...kalau yg perempuan tu tak perlu bermake up make up ler..stil nampak cantik....ni saya ambik dari kata-kata makcik2 kat sebelah rumah,katanya ada seorang makcik tu walaupun dah tua tapi still nampak gagah,kulit lembab tak kering mcm sesetengah org tua..ceria dan sejuk jer muka dia..rupanyer ni ler amalannya...berwuduk...tak salah berwuduk selalu kerana dgn berwuduk ia mampu melindungi dairi kita dari gangguan iblis dan cukup mampu buang angin dalam badan..

Sebelum mandi dan selepas mandi - sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas nabi saw 3x..Amalkan setiap hari urutan ni..Semasa hendak berdandan di wktu pagi baca selawat nabi di kedua2 telapak tgn dan raupkan ke muka beserta dgn niat inginkan wajah seindah spt nabi Yusuf..


Senyum - Cara ini juga amat berkesan..selalulah tersenyum..bila nampak org yang dikenali atau yang baru dikenali tegurlah mereka dgn ramah dan lemparkan senyuman pemanis rupa sebagai tanda perkenalan..jgn senyuman yg mengoda dan disertakan lirikan mata yg nakal..itu nak mengoda namanya..senyum dengan ikhlas berserta dengan niat kerana ingin mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka..Senyumlah walaupun dalam apa jua keadaan, marah, duka, sakit derita.Bukan hipokrit tapi itu juga salah satu cara nak merawat jiwa..so senyumlah tak rugi  apa2 pun selain dapat pahala kerana senyum itu juga ibadat sedekah kerana dgn senyuman kita dalam tak sedar kita telah mengembirakan hati org lain dan kelak wajah kita juga akan nampak ceria muda selalu insyaallah..

Minum air kosong selepas bangun dari tidur - Cara ni saya selalu dgr dari byk pihak..salah seorang adalah sedara saya sendiri...Dia asal bangun dari tido bukan p bilik air basuh muka dan gosok gigi..tapi sebaliknya..terus ke dapur n minum segelas air kosong..tapi sebelum minum tu bacalah bismillah dan 3x selawat..dan insyaallah kulit muka lambat kedut dan itulah yang berlaku pada sedara saya..muka still muda..walaupun dah beranak pinak....selalulah amalkannya insyaallah..

Ulam-ulaman- Gaya pemakanan juga mempengaruhi kesihatan kita..kata orang tua-tua makanlah ulam-ulaman byk2..Hah banyak2 mcm mana tu hehe jgn lah ambik dalam kuantiti yg byk sikit-sikit dah lah..yg penting selalu amalkan..contoh ulam-ulaman ni yg saya gemar makan, ulam raja,pegaga,pucut jagus,petai,jering dan banyak lagi..hehe..yang mungkin anda boleh tambah..contoh yang terdekat yg saya boleh ambil adalah isteri kepada kawan ayah saya..asal kawan-kawan dia pergi ke rumah dia..bila di jamu makan, mereka buka tudung saji.tengok-tengok hari2 sayur dia ulam pegaga jer...sampai suami dia dah paham sgt dgn perangai si isteri..hehe tapi dia tak kisah ler sebab asal jer teman isteri berkunjung ke rumah dia mereka akan bertanya, 'makan apa nampak muda' hmm apa lagi ulam pegaga ler sejak dari muda sampai tua..n muka dia muda 10 thn dari usia sebenar..masyaallah...itulah kan kalau org jaga kesihatan sebenar2nya..

Berfikiran positif dan buangkan sifat negetif dalam diri - Tanamkan sifat positif dalam diri kita dgn sentiasa bersangka baik pada jiran-jiran,sedara mara, kawan2 serta masyarakat..lemparkan senyuman, dan tunjukkan keramahan terhadap jiran-jiran..

Jangan minum ais - satu lagi petua yg orang dulu suka amalkan adalah jgn minum ais kerana katanya urat-urat boleh bengkak..hmm so banyak-banyakanlah minum air suam

Cara pemakanan - Makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Jangan ikut kemahuan nafsu, kelak badan binasa..makan kerana utk otak dan keperluan badan..jika di ambil dalam kuantiti yg berlebihan akan berlaku kegemukan, kerana kegemukan itulah menampakkan usia kita lebih tua dari usia sebenar..dan elak makan byk juga adalah utk mengelakkan ati kita menjadi keras..

so ini sajalah yang dapat saya kongsikan utk petua awet muda mengikut cara2 org terdahulu di samping kita beramal..harap memuaskan hati..dan akan saya sertakan bersama petua awet muda mengikut kaedah kesihatan moden..tapi bukan yg menyalahi hukum hakam agama..so selamat beramal..

senyuman penghias diri....

0 Response to "PETUA AWET MUDA CARA ORANG TUA-TUA..."

Post a Comment